Fungsi Olympic Broadcasting Services

Jurukamera Olympic Broadcasting Services yang sedang membuat liputan bagi 10km renang maraton lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Sebagai Penyiar Tuan Rumah, OBS bertanggungjawab untuk menyampaikan siaran imej dan suara bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik kepada berbilion penonton di seluruh dunia. Mereka akan menghasilkan dan menyiarkan liputan radio dan televisyen secara langsung bagi semua acara sukan dari semua tempat pertandingan. Siaran ini dikenali sebagai Signal Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Signal) atau Siaran Dunia (Bahasa Inggeris: World Feed) dan akan diedarkan sebagai perkhidmatan penyiaran oleh semua organisasi penyiaran yang telah membeli hak penyiaran televisyen dan radio bagi temasya tersebut (dikenali sebagai Rights Holding Broadcasters atau RHB).

Dengan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut, OBS mengurus pembangunan prasarana yang diperlukan (termasuk Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang merupakan tapak utama bagi operasi penyiaran OBS dan RHB semasa temasya berlangsung) serta prasarana di tempat pertandingan Sukan Olimpik yang lain untuk menjamin penerbitan penyiaran yang berjaya. OBS juga menawarkan perkhidmatan, peralatan dan bekalan tambahan kepada RHB untuk membantu mereka menerbitkan penerbitan unilateral.

Pada Sukan Olimpik 2008, OBS menjadi Penyiar Tuan Rumah buat kali yang pertama.[2] Sebelum itu, peranan tersebut adalah diberikan kepada Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut atau kepada penyiar pihak ketiga.[1]